Monday, May 25, 2009

DUPLICATE.

duplicate.. benci tul aku .. org yg sker copy paste.sker duplicate-duplicate nie.adui.dia nie x der pendirian ker ??? kenape mesT nak tiru2 arrr??? besh ke nak meniru2 org nie??? B URSELF bley X??? sumernyer ape yang aku ader dia nak ader gak. smpi aku pki ape utk "ubat keti" aku tue pun dia nak gak pki samer2.. pehal???? eeee.. aku pun x paham'la asal dia nie sker sgt nak tiru org.. tiru'la org lain asal nak tiru aku lak... da tentunyer gamai lagik mahluk dlm opis aku nie!!! aku nie'la pantang tul. mmg'la ape yg ader dipasaran tue bukan made for me only tp x yah'la smpi sumernye nak samer eikkkkkkk... adui ... aku mmg x sker org2 tiru nie!! camner?? da aku mmg camnie..!!! tp aku mmg x sker....
('',) dia yg aku maksudkan ialah..........

Tuesday, May 19, 2009

disebalik.




huhuhuh, nie'la pic jue tunang. temanyer itam putih. lawa gak'la. antara kami bertiga dia'la yg terlewat sikit, sebab aku dgn nenek, kami bernikah pada tahun yang sama. nenek bulan 10 aku lak bulan 11. jue plak coming soon.. 01.01.2010 insya Allah..
ameen ..
('',) x sabar nak tgu anak nenek.


Sunday, May 17, 2009

Peristiwa 16 Mei

Sabtu 16.MEI..2009 = aku balik Pt jawe, aku balik seorg jerk sbb laki aku keje.aku balik sbb JUE tunang. selamat da dia. insya Allah mudah2an selamat until majlis dia.. insya Allah .
Picnyer nnT aku upload. aku terluper lak bawa kabel. hhuhhu x pe2..


('',) tema itam putih

Wednesday, May 13, 2009

time sKer-sKer (2)






group daku
"MR MAMA"

('',)aku sker'la..walaupunbnyk kelongkangtplaneakubertuah"


Sunday, May 10, 2009

time sKer-sKer (1)


Kejadian berlaku pada 9 Mei 2009, dkt Indah Parade

besh'la jugak sbb aku da lama gilerrr x main bowlingnyer

semuanyer Warga KPWKM,ader *ISM & YKM gak ..

team aku nama MR.MAMA sbbnyer suma org kat dlm group aku adeerrr anak da..

cuma aku (insya Allah) incoming ameen * dgn en.hisham jerk yg blum ader rezki lagi.

besh jugak, walaupun x menang tp group aku dpt cabutan lane bertuah.

bertuahnyerrrrr aku gaserrrr....

(",) pix kat atas tue bukannyer group aku pun ...

aku menumpang jerk dgn group pinkwinkie gurl tue...

nnT aku update pic group aku ..

hAPpy Mother dAy's

Selamat Hari Ibu
semuga panjang Umur & dimurahkan rezki yang mahal- mahal
ameen...
('',) mak saya *ROHANA HJ SAMSUDDIN*
nnt kiter berongeng2 lagik eik ...

Wednesday, May 6, 2009

mkN2...

sedap gak nie.

.aku x ingat'la.

*x hingat'la mkn kat mana

&

name dia aperrrr arrr???*

sup cendawan dari moon's kitchen*.
bley'la.. sbb aku mmg sker sup cendawan pun
(nie aku hingat plak)

gAME pUN pASAL ....


excited main game!!!!

Monday, May 4, 2009

hAppY MondAy...



aKu Sker Ari sEnin... (",)

tAtaPAn UtK yG B'GeLar IsTERI

First,sory klau de yg t'sggung..
2nd,sory klau repost.. just nk share dgn korg..
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8.CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
(",)Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Sunday, May 3, 2009

ExAm



aNtara piC2 Aku g KurSusSssss kAt HotEl dOorSetT, JoHor BhAru
27-29 Mei 2009
kURSus PerSediaAAn BITK & PTK
(",) MoGa2 L.U.L.U.S aMeen....







PCOS

Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS. PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

KEKURANGAN HORMON
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.KEBAL KEPADA INSULIN PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.FAKTOR GENETIKIa mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

APA SIMTOM DAN TANDA PCOS?
Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

-Haid yang tidak teratur
-Tiada haid selama berbulan-bulan
-Tiada ovulasi
-Pertambahan berat badan yang keterlaluan
-Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
-Kencing manis

POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME DAN MASALAH KESUBURAN.
Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

MACAM-MANA UNTUK MENGETAHUI YANG SAYA MENGIDAP PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

-Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
-Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
-Ujian darah Progesterone/Testesterone
-Ujian darah prolaktin
-Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari


BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.


UBAT SUBUR
ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.
UBAT PERANCANG KELUARGA
Pill ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

PEMBEDAHAN
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

(",) bERsAMA2"LA kITER bERDoA ... aMEenn...